TIKET MALAYSIA VS SYRIA DIJUAL PADA 23.11.11
Tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 antara skuad Olimpik kebangsaan menentang Syria ditetapkan pada harga RM40 bagi tempat duduk utama dan RM20 bagi tempat duduk terbuka. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket berkenaan boleh dibeli di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 November ini bermula 9 pagi hingga 7 malam.
"Tiket juga boleh dibeli pada hari perlawanan (23 November) bermula 9 pagi sehingga 3 petang di Stadium Shah Alam dan dari 9 pagi sehingga waktu rehat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil," menurut kenyatana itu.
Tiket berkenaan juga boleh dibeli secara on-line di www.tickethotline.com.my. Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 November ini bermula 8.45 malam. Skuad Olimpik kebangsaan tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka pada perlawanan pertama, 21 September lalu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment