Pages

Saturday, November 19, 2011

HARIMAU MUDA LAWAN GARUDA DI FINAL SUKAN SEA 2011


Tuan rumah Sukan Sea 2011, Indonesia akan menanti Malaysia dalam perlawanan akhir merebut pingat emas paling diingini setiap pasukan yang bertanding dalam temasya dwi tahunan tersebut.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam perlawanan peringkat kumpulan A beberapa hari lalu dengan kejayaan berpihak kepada Malaysia hasil jaringan tipis 1-0.

Ulangan pertemuan kedua-dua pasukan sememangnya amat dinanti-nanti oleh kesemua peminat bola sepak Malaysia dan Indonesia kerana aksi yang disajikan bukan sahaja panas diatas padang malahan turut berlarutan sehingga luar padang.


Kejayaan awal pasukan Harimau Muda Malaya melangkah ke pentas akhir selepas membenam cabaran sengit Myammar berjaya diikuti Indonesia hasil kemenangan 2-0 keatas Vietnam, sebentar tadi.

Perlawanan akan diadakan pada 21 November di Stadium Gelora Bung Karno bermula jam 8.45 malam dan akan dipancarkan secara langsung oleh Astro Arena. -RedsfcNews-

No comments:

Post a Comment