Pages

Monday, November 21, 2011

SANG GARUDA TERSUNGKUR LAGI DIBUMI SENDIRI KERANA DIBAHAM HARIMAU YANG GARANG LAGI GAGAH..KECEKAPAN APEK PEMUSNAH IMPIAN INDONESIA...TAHNIAH MALAYSIA!!!!


Khairul Fahmi Che Mat dan Badrol Bakhtiar muncul wira apabila aksi menyelamat sepakan penalti dan juga gol penalti terakhir memberikan pingat emas kepada Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 selepas kedudukan sepenuh masa termasuk masa tambahan berkesudahan seri 1-1.

Permulaan babak pertama, penguasaan penuh dimiliki tuan rumah apabila serangan awal mereka pada minit ke-2 melalui percubaan jarak jauh Andik gagal ditangkap kemas tetapi mujurlah cubaan susulan Titus Bonai diselamatkan Khairul Fahmi diatas garisan gol.

Semint kemudian, Khairul Fahmi menafikan dua cubaan Indonesia untuk memberikan sepakan penjuru kepada tuan rumah dan tanpa diduga, Gunawan muncul dari arah belakang menanduk kencang untuk gol pertama perlawanan.

Pada minit ke-11, berpunca dari hantaran lintang Badrol, tandukan bebas Asrarudin Putra ditepis penjaga gol Indonesia, Meiga Kurnia.



Selang enam minit, giliran Irfan Fazail melakukan percubaan tetapi mudah diselamatkan Meiga.

Asrarudin berpeluang sekali lagi untuk menyamakan kedudukan tetapi tandukan hasil hantaran Badrol tersasar jauh pada minit ke-27.

Indonesia hampir menambah jaringan selepas itu tetapi jaringan Okto dibatalkan selepas dia berkedudukan offside.



Usaha Malaysia akhirnya berhasil pada minit ke-33 selepas Asrarudin bijak melayangkan badan menanduk masuk hantaran lintang Badrol Baktiar.

Badrol pula menyaksikan cubaan sepakan percuma dari jarak 30 meter terus kepada penjaga gol Indonesia untuk kedudukan kekal 1-1 sehingga wisel babak pertama dibunyikan.

Bersambung babak, Laskar Garuda terlebih dahulu mengancam melalui cubaan sepakan percuma pada minit ke-47.

Selepas itu,  Malaysia jelas menguasai perlawanan apabila melakukan asakan bertali arus kearah pintu gol Indonesia. Bermula dengan peluang terbuka dimiliki Fakri pada minit ke-52, sepakan half volley Irfan Fazail dua minit selepas itu mudah ke dakapan Meiga Kurnia.

Indonesia turut tidak ketinggalan selepas Patrich mendapat satu peluang didepan gawang hasil hantaran lintang dari Titus Maniani pada minit ke-59 tetapi Khairul Fahmi pantas menerbangkan badan menepis keluar.

Lima minit kemudian, Patrich melepasi kawalan dari Muslim Ahmad tetapi cubaan  penyerang Indonesia ini terkena jaring tepi pintu gol Malaysia.

Pada minit ke-83, sepakan percuma jarak jauh daripada Badrol Baktiar mudah ditampan keluar Meiga untuk menyelamatkan pintu gol dari dibolosi kali kedua.

Selepas cubaan tersebut, kedua-dua pasukan semakin keletihan mengatur gerakan untuk memaksa perlawanan berlarutan ke masa tambahan.

Masa tambahan separuh masa pertama tidak menunjukkan corak permainan sebenar kedua-dua pasukan selepas kelihatan pemain Indonesia dan Malaysia semakin letih mengharungi tekanan perlawanan.

Namun, Indonesia memulakan masa tambahan dengan langkah kanan hasil jaringan pemain mereka tetapi dibatalkan pengadil selepas Okto terlebih dahulu dikesan offside.

Tiga minit kemudian, Malaysia pula menerima nasib sama selepas gol Zubir Azmi turut dibatalkan kerana dia dikesan berada dalam keadaan offside.

Cubaan Titus Bonai pada minit ke-103 pula lemah kepada Khairul Fahmi Che Mat manakala sepakan percuma Egi Megliansyah pada minit akhir dikeluarkan barisan benteng negara.

Bersambung babak kedua, cubaan awal Malaysia melalui sepakan percuma gagal menembusi benteng Indonesia.

Manakala cubaan lemah daripada daripada pemain berjersi 15 Indonesia dari luar kotak penalti mudah diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat memaksa perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti, Mahali Jasuli, Fandi Othman, Fadhli Shas dan Badrol menyempurnakan untuk Malaysia manakala Titus, Egi Megliansyah dan Abdul Rahman menyempurnakan untuk pasukan Indonesia. -RedsfcNews-

No comments:

Post a Comment