Pages

Wednesday, November 16, 2011

Atlet ski air merangkul emas ke-29 negara




Pagi hari ketujuh Sukan SEA Indonesia 2011 bermula penuh menyakinkan apabila atlet ski air negara, Phillipa Yoong merangkul emas acara slalom pada sebelah pagi di Tasik Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang.

Pingat emas ke-29 negara yang diraih Phillipa itu bermakna dia berjaya mempertahankan kejuaraan pada edisi Jakarta 1997, iaitu ketika acara ini pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA ketika itu.

Adik perempuannya, Aaliyah yang baru berusia 8 tahun juga akan beraksi dalam acara akhir tricks dan juga dilihat berpeluang menambah satu lagi pingat emas. - Utusan

No comments:

Post a Comment