Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat yang baru sahaja membantu Pasukan Malaysia mempertahankan Pingat Emas Sukan Sea kelmarin tidak dapat menyembunyikan minatnya untuk bermain di Liga Indonesia ( ISL ).
“Saya sangat tertarik untuk bermain di Liga Indonesia yang mempunyai atmosfera yang sangat hebat, tapi, belum ada tawaran dari kelab di Indonesia buat masa ini.” jelasnya kepada Wartawan saat ditemui sejurus selepas Final Sea Games, di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin lalu.
Khairul Fahmi juga mengakui berminat untuk menyertai pasukan gergasi Indonesia iaitu Persib Bandung seandainya diberi tawaran untuk bersama kelab itu.”Saya tahu Persib, kerana ianya salah satu nama besar di Indonesia, jadi mengapa tidak jika kelab itu tertarik dengan saya,” katanya.
Seandainya mendapat tawaran Khairul Fahmi mungkin terpaksa menunggu hingga musim 2013 untuk bersama pasukan Indonesia kerana beliau sudah mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga tamat musim 2012 melainkan jika kelab lain ingin menebus kontrak beliau dengan harga yang lumayan.Mungkin Rm2 juta ? Rm5 juta ? Siapa tahu ?
sumber tambahan:kelantan.fa.com
No comments:
Post a Comment