Kelab gergasi La Liga Barcelona berjaya mengutip mata penuh selepas membenam AC Milan 3-2 di dalam pertemuan peringkat Kumpulan H Liga Juara-Juara di San Siro lewat pagi tadi.
Kemenangan tersebut memastikan anak buah Pep Guardiola menguasai persada kumpulan dengan jumlah 13 mata diikuti Milan 8 mata, FC Viktoria Pizen 4 mata dan BATE 2 mata.
Perlawanan malam tadi berlangsung dengan penuh sengit meskipun kedua-dua pasukan telah mengesahkan tempat mereka ke pusingan kalah mati dengan baki satu perlawanan.
Kelab Catalan tersebut terlebih dahulu mendahului tuan rumah hasil jaringan sendiri oleh Mark van Bommel pada minit ke-14 tetapi bekas penyerang Barcelona, Zlatan Ibrahimovic menyamakan kedudukan selang 7 minit kemudiaannya.
Sebelum berakhir aksi separuh masa pertama, bintang Argentina menjadikan kedudukan 2-1 pada minit 31 menerusi sepakan penalti yang diambilnya selepas berlaku kekasaran daripada Alberto Aquilani yang menjatuhkan Xavi.
Bersambung separuh masa kedua, Kevin-Prince Boateng (min 54) sekali lagi menjadikan kedudukan terikat seri 2-2 selepas berjaya merampas bola daripada Eric Abidal dan kemudiaannya bijak memperdayakan penjaga gol Victor Valdes semasa berhadapan satu lawan satu di dalam kotak penalti.
Meskipun Milan berjaya menyamakan kedudukan dua kali ia masih tidak mencukupi untuk menyekat juara bertahan Barcelona daripada terus mengasak mereka.
Usaha pemain Barca akhirnya membuahkan hasil apabila mereka sekali lagi berada di hadapan pada minit 63 menerusi gerakan satu dua menarik Cesc Fabregas dan Messi yang disudahkan dengan penyudah menarik daripada Xavi yang merembat ke penjuru pintu gol Christian Abbiati.
Gol Xavi tersebut melengkapkan kemenangan 3-2 Barca ke atas Milan di San Siro.
Di dalam satu lagi pertemuan melibatkan wakil England, Arsenal muncul satu-satunya kelab Inggeris yang berjaya mencatat kemenangan dalam Liga Juara-Juara selepas menewaskan wakil Jerman, Borrusia Dortmund 2-1 di Emirates hasil dua jaringan kapten, Robin van Persie.
Kemenangan Arsenal menyaksikan mereka gah berada di persada Kumpulan F, manakala Dortmund jatuh ke tangga corot kumpulan.
Lain-lain keputusan: Lyon 0 Ajax 0, Bayer Leverkusen 2 Chelsea 1, Valencia 7 Genk 0, Marseille 0 Olympiakos 1 dan Shakhtar 0 Porto 2. astro arena
No comments:
Post a Comment