Pages

Sunday, November 20, 2011

TENPIN BOLING MALAYSIA TUTUP TIRAI DENGAN 5 PINGAT EMAS


 Atlet kebangsaan Adrian Ang menutup tirai acara tenpin boling Sukan SEA ke-26 dengan meraih emas kelima buat skuad boling negara bagi kategori lelaki Masters di Pusat Boling Jaya Ancol hari ini.
Pengalaman bermain pada peringkat antarabangsa nyata memberi kelebihan kepada Adrian yang mendominasi permainan dengan 431 jatuhan pin, berbanding pencabarnya Frederick Ong dari Filipina yang melakukan 390 jatuhan pin dalam pusingan akhir 'stepladder' lelaki.
Adrian mempamerkan aksi konsisten dengan meraih 206 jatuhan pin pada perlawanan pertama dan 225 jatuhan pin pada perlawanan terakhir.
Muhd Syafiq Ridhwan mengekalkan momentum sepanjang hari dalam saingan untuk berada dalam kelompok tiga pemain terbaik sekaligus menghadiahkan pingat gangsa buat negara.
"Saya tidak yakin mampu menang dalam acara ini... ia 'luck' saya sebenarnya. Kemenangan ini merupakan bonus buat saya kerana berjaya menyumbang pingat emas peribadi keempat di Indonesia," kata pemenang emas Sukan Asia 2010 itu selepas tamat permainan.
Beliau meraih empat emas dan satu gangsa semasa kejohanan boling Sukan SEA pada kali ini.

No comments:

Post a Comment