Pages

Thursday, November 24, 2011

Real Madrid kenduri gol


(Arena.my) - Real  Madrid meneruskan penguasaan dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan kemenangan kelima berturut-turut  membenam Dinamo Zagreb 6-2 lewat pagi tadi
Manakala nasib berbeza menimpa wakil England Manchester City yang dikejutkan dengan kekalahan 2-1 ke atas Napoli lewat pagi tadi.
Kemenangan Real menyaksikan mereka terus menguasai Kumpulan D, manakala Ajax dan Olympique Lyon pula masih mempunyai peluang seimbang untuk menemani Real ke  pusingan kalah mati selepas seri 0-0 dalam saingan kumpulan sama.
"Malam ini mereka bermain seperti di final, perwatakan para pemain sangat menakjubkan untuk memberi kepuasan kepada peminat,"kata Jose Mourinho.
Meskipun merehatkan pemain utama seperti Iker Casillas, Cristiano Ronaldo dan Pepe, Real tampak tidak bermasalah apabila Karim Benzema (m2, 66) dan Jose  Callejon (m6, 49) masing-masing menyumbat dua gol serta disumbangkan dua lagi gol oleh Gonzalo Higuain (m9) dan Mesut Ozil (m20).
Penguasaan keseluruhan nyata memihak kepada Real tetapi kelekaan 10 minit terakhir separuh kedua menyaksikan mereka dihukum dua gol saguhati pemain Dinamo  iaitu menerusi Fatos Beciraj (m81) dan Ivan Tomecak (m90).
Dalam satu lagi perlawanan tumpuan melibatkan wakil dari England, Manchester City menentang gergasi Itali, Napoli menyaksikan anak Roberto Mancini gagal  mengekalkan rentak hebat mereka bersaing dalam EPL selepas tumbang 2-1 di Stadio San Paolo.
Penyerang Napoli, Edinson Cavani muncul wira selepas menyumbat dua gol pada minit 18 dan 49 sekaligus membantu kemenangan Napoli.
City cuba mempamerkan kebangkitan menerusi gol penyamaan Mario Balotelli pada minit ke-33 separuh masa pertama namun Napoli bijak menggunakan kelebihan  bermain ditempat sendiri untuk menutup peluang City.
Dengan kekalahan ini, City kini berada di tangga ketiga dan dibezakan satu mata dengan Napoli yang ketika ini menduduki tangga kedua Kumpulan A.
Dengan baki perlawanan satu, Mancini tampak resah dan terpaksa mengharapkan tuah memihak kepada mereka apabila akan bertemu pendahulu kumpulan Bayern Munich  manakala Napoli pula akan bertemu kelab tercorot dalam kumpulan Villareal.
"Kami masih mempunyai baki satu perlawanan, segala-galanya boleh berlaku dalam bola sepak," ujar Mancini secara optimis.
Keputusan-keputusan lain: CSKA Moscow 0 Lille OSC 2, Bayern 3 Villarreal 1, Trabzonspor 1 Inter 1, Manchester United 2 Benfica 2, Lyon 0 Ajax 0.

No comments:

Post a Comment