Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong meraih satu lagi pingat emas dalam acara individu wanita 3m platform pada Sukan SEA Ke-26 yang berlangsung di Pusat Akuatik di sini hari ini.
Atlet berumur 21 tahun itu mempamerkan persembahan mengagumkan untuk mengumpul 310.70 mata selepas lima terjunan, jauh mendahului rakan senegara Ng Yan Yee di tempat kedua dengan 290.10 mata.
Atlet Indonesia Sari Ambarawati, yang mengumpul 270.60 mata membawa pulang pingat gangsa.
Jun Hoong yang berpengalaman luas dalam acara itu, pertama kali mengambil bahagian dalam temasya Sukan SEA ketika berumur 13 tahun di Vietnam pada 2003, telah mendahului pungutan mata daripada pusingan pertama lagi.
“Ia agak mencabar buat diri saya untuk melakukan terjunan itu. Saya gembira dapat melakukannya dengan baik dan gembira berjaya mendapatkan emas buat Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas pertandingan itu. – Bernama
No comments:
Post a Comment