Malaysia mara ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Indonesia 2011 selepas membenam cabaran Myammar 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno, petang tadi.
Fakri Saarani menutup seketika mulut pengkritik apabila menjadi wira dengan menjaringkan gol kemenangan Harimau Muda, lima minit sebelum berakhir.
Namun babak awal, Malaysia hampir membuka tirai perlawanan dengan jaringan pertama pada minit ke-2 melalui cubaan Irfan Fazail tetapi penjaga gol Myammar pantas bertindak menampan bola lambungan pemain tengah tersebut.
Selepas percubaan itu, Myammar dilihat menguasai sepenuhnya apabila melakukan banyak percubaan bahaya kearah kubu Malaysia kawalan Khairul Fahmi Che Mat.
Myammar memperoleh tiga sepakan percuma beberapa meter dari pintu gol Malaysia tetapi kesemua sepakan yang diambil mudah diselamatkan pemain negara.
Pada minit ke-34, Malaysia turut mendapat satu sepakan percuma namun sepakan Badrol Bakhtiar melencong keluar.
Bersambung babak kedua, Malaysia terlebih dahulu melakukan ancaman kearah pintu gol Myammar melalui cubaan lemah Syahrul Azwari kepada penjaga gol pasukan lawan.
Minit ke-64, Mahali Jasuli melakukan kesilapan besar tetapi mujurlah percubaan penyerang Myammar dapat diselamatkan Khairul Fahmi.
Dua minit kemudian, Myammar mendapat satu sepakan percuma di luar kotak penalti tetapi tidak mengancam pintu gol Malaysia.
Untuk menambah sengat, Izzat Faris dibawa masuk mengantikan Syahrul Azwari dan pemain ini memberi impak segera apabila gerakan awal dari kawasan tengah disudahkan dengan rembatan kaki kanan Fakri Saarani untuk memberikan gol pertama skuad negara pada minit ke-85.
Selepas jaringan tersebut, tekanan bertambah kuat di pihak Myammar tetapi benteng pasukan Harimau Muda kukuh bertahan untuk mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlawanan. -RedsfcNews-
No comments:
Post a Comment