Malaysia akan menentukan emas dengan Indonesia dalam acara berpasukan lelaki selepas mengalahkan Singapura 3-0 di peringkat separuh akhir.
Pemain perseorangan negara, Liew Daren menang straight set 21-17, 21-18 ke atas Wong Zi Liang Dere sebelum beregu negara, Lim Khim Wah-Goh Wei Shem tidak menghadapi masalah besar untuk menundukkan Liu Yi-Yeo Zhao Jiang Ter 21-13, 21-13.
Mohamad Arif yang tidak banyak mengerahkan ototnya semalam bagaimanapun dipaksa bekerja keras hari ini ketika bertemu Chen Yongzhao Asht.
Set pertama menjadi milik Arif, 22, sebelum lawannya mendominasi perlawanan seterusnya. Arif kembali memperkemaskan permainannya sebelum menang 21-14, 12-21, 21-15.
Indonesia pula cemas setelah diberi tentangan hebat daripada Thailand sebelum menang 3-2.
Dua taruhan utama, Taufik Hidayat dan beregu, Markis Kido-Hendra Setiawan tumbang kepada lawan masing-masing.
Dalam pertarungan penentuan, perseorangan ketiga Indonesia, Hayom Rumbaka memusnahkan harapan Thailand untuk melakar kejutan dengan menundukkan Pakkawat Vilailak 21-15, 21-18.
SUMBER:ASTRO ARENA
No comments:
Post a Comment