Pages

Monday, November 21, 2011

2 ORANG PENYOKONG INDONESIA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PERLAWANAN

Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. 

“Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia," kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.
Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus.
“Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri," kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. 

“Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal," katanya. 

Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui. 

Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. - AFP 

No comments:

Post a Comment