Pages

Thursday, November 3, 2011

SPEKULASI PERPINDAHAN SKUAD T-TEAM






T-Team sudah sah akan melepaskan tiga tonggak utama pasukan berstatus kelab itu musim depan jika menurut kata Pengurus pasukan Rozi Mamat. Tiga tonggak utama T-Team itu adalah Indera Putera Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Haris Safwan Kamal. Menurutnya ketiga-tiga pemain itu telah pun membuat perjumpaan dengan beliau dan meminta mereka dilepaskan untuk bersama pasukan lain musim Liga M 2012.
Dalam pada itu, wujud spekulasi khabar angin perpindahan Indraputra dan Norfarhan ke ATM musim hadapan setelah dipancing bekas jurulatih mereka ketika bersama Kelantan iaitu B.Sathianathan yang kini merupakan jurulatih ATM/Tentera. Manakala haris safwan pula dikatakan akan ke Sabah.
Beliau berkata kedudukan seorang lagi pemain tunggak iaitu Azizi Mat Rose tidak dapat disahkan kerana tidak hadir pada majlis menandatangani kontrak pemain hari ini. Katanya enam pemain digugurkan iaitu Rosli Muda, Ismail A Rahman, Subri Sulong, Amzar Junaidi, Kamar Rodiajat Mat Ali dan Shazlan Alias.
Sementara penjaga gol T-Team Shamsuri Mustapa, yang telah sembuh daripada kecederaan masih bersama T-Team. Beliau berkata T-Team juga berhajat mengambil beberapa pemain daripada pasukan Harimau Muda dan perkara itu masih dalam perbincangan.
Mengenai pemain import T-Team musim 2012 pula, beliau berkata T-Team bercadang mengambil dua pemain import untuk memperkemaskan pasukan tahun depan dengan keutamaan diberikan kepada pemain dari Uzbekistan, Afrika dan Amerika Latin. Sambil menyatakan sasaran pasukan untuk memasuki pertandingan akhir Piala Malaysia tahun depan, beliau berkata khidmat Yunus Alif sebagai jurulatih pasukan masih kekal.
Pencapaian T-Team sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun ini adalah satu kejayaan yang amat memberangsangkan, katanya. Mengenai bajet pula, Rozi berkata bajet T-Team tahun depan daripada kerajaan negeri sama seperti tahun ini iaitu lebih RM2 juta.

No comments:

Post a Comment