PASUKAN Syria seolah- olah melancarkan perang psikologi buat pasukan negara apabila mengakui berdepan perlawanan yang cukup mendebarkan menjelang aksi kedua Kumpulan C pusingan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Jurulatih Syria, Imad Khankan memberitahu, pihaknya sentiasa sedar dengan kemampuan Harimau Muda yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA kelmarin.
Namun, pada masa sama katanya, beliau sudah mempunyai idea bagi berdepan skuad Malaysia, sekali gus mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Bahrain 3-1 dalam aksi pembuka tirai kumpulan sebelum ini.
“Malaysia memang pasukan yang kuat, terutamanya kepantasan pemain-pemainnya ketika menyerang. Mereka kuat sebagai satu pasukan berbanding bergantung kepada skil individu pemain semata-mata.
“Namun, saya yakin para pemain saya dapat meneruskan momentum kemenangan ketika menentang Bahrain, sekali gus menjanjikan satu pertemuan sengit esok (malam ini),” katanya kepada pemberita semalam.
Khankan memberitahu, pemainnya juga bersedia berdepan dengan ‘gelora’ Bukit Jalil yang pastinya dibanjiri penonton tuan rumah yang pastinya mahu meraikan kejayaan pasukan itu muncul juara acara bola sepak Sukan SEA.
Malah, pasukannya yang diperkuatkan dengan kehadi- ran tonggak utama seperti Mardek Mardkian dan Mohammed Fares yang berjaya meledak gol ketika menentang Bahrain tempoh hari juga mahu menghadiahkan kemenangan malam ini kepada seluruh rakyat Syria.
“Selain itu, saya juga berharap keputusan perlawanan antara Bahrain dan Jepun juga memihak kepada kami supaya kekal sebagai pendahulu kumpulan,” katanya.
KOSMO
No comments:
Post a Comment