Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung kalinya mengambil penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mengikuti program Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Suksis) sebagai anak angkat di bawah Jabatan Logistik Bukit Aman.
Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata, usaha itu termeterai hasil daripada Perjanjian Persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan pihak universiti itu pada Progam Pengambilan Anak Angkat Kor Suksis UIAM hari ini.
"Pengambilan 29 anak angkat iaitu pelajar Kor Suksis UIAM hari ini diambil secara organisasi iaitu bergantung kepada jumlah pendaftaran pelajar program Kor Suksis ini pada setiap semester.
"Jabatan Logistik dan pihak UIAM akan lebih agresif mempromosikan program Kor Suksis di UIAM kepada pelajar-pelajar baru selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU di UIAM, Gombak, hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment