Pages

Tuesday, November 1, 2011

Enam Bekas Pemain Perkuat Skuad





Enam bekas pemain negeri ini, antara beberapa pemain yang disebut-sebut akan dipanggil, bagi memperkuatkan skuad Kelantan bagi menghadapi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 pada tahun ini.
Mereka ialah Cik Hisamuddin Hassan, Hafizi Awang, Rosairil Asrul Mat Nor, Nik Ahmad Fadly Nik Leh selain pemain pasukan KL Pos Malaysia musim ini, Mohd Sani Nawi dan Muhd Hardi Ahmad (Kelab Negeri Sembilan Betaria).
Pengurus Pasukan, Nudin Awang berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan keputusan tersebut kepada Ketua Jurulatih, Afandi Yusof dan pembantunya, Tengku Hazman Raja Hassan untuk memilih pemain bagi merencana kekuatan pasukan dalam saingan kali ini.
“Segalanya terserah kepada Ketua Jurulatih (Afandi Yusof) yang baru dilantik membimbing pasukan ini untuk menamakan barisan 25 pemain bagi skuad Kelantan selepas ini.
“Selain itu, kita juga akan cuba mendapatkan khidmat beberapa pemain skuad Piala Presiden Kelantan, manakala selebihnya adalah dalam kalangan pemain dari kelab dan jajahan di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Grand River View di sini, semalam.
Nudin berkata, beberapa pemain Liga Super yang baru digugurkan seperti Wan Rohaimi Wan Ismail dan Khairan Eruan Razali juga berada dalam senarai barisan pemain yang akan dipanggil oleh pihaknya bagi memperkuatkan pasukan Kelantan bagi menghadapi kejohanan kali ini.
“Kita tidak mempunyai banyak masa sebenarnya dalam membentuk pasukan dan sesi latihan dijangka bermula pada 3 November ini.
“Dengan barisan pemain yang dimiliki oleh Kelantan ini, pihak pengurusan percaya kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK),” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nudin memberitahu saingan kali ini dijangka bermula pada 12 November ini bagi merebut kejuaraan Piala Agong antara juara bertahan, Perlis yang akan bertemu juara Piala Emas Raja-Raja musim lalu iaitu Kelantan.
“Perlawanan Piala Agong ini akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Kita mensasarkan untuk muncul juara setelah kali terakhir berbuat demikian pada dua tahun lalu.
“Setelah kali terakhir diisytiharkan juara bersama dengan Pahang pada tahun 2009, inilah peluang terbaik bagi kita untuk menambahkan satu lagi koleksi kejuaraan piala bola sepak untuk negeri ini,” katanya.
Pada saingan Kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim lalu, Kelantan terus melebarkan rekodnya muncul selaku pasukan terbanyak bergelar juara iaitu 14 kali setelah mengalahkan Kedah menerusi sepakan penalti 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kota Bharu.
Kumpulan A
Negeri Sembilan (Tuan Rumah)
Pahang
Kedah
Singapura
Kumpulan B
Terengganu (Tuan Rumah)
ATM
PDRM
Pulau Pinang
Kumpulan C
Perak (Tuan Rumah)
Selangor
Johor
MASUM
Kumpulan D
KELANTAN (Tuan Rumah)
Perlis
K.Lumpur
Melaka
*12/11/2011 | Kelantan vs Perlis | SSMIV

sumber- kelate.net

No comments:

Post a Comment