Pages

Sunday, November 20, 2011

MAN.CITY TERUSKAN RENTAK TANPA KALAH




Manchester City meneruskan penguasaan selaku pendahulu takhta Liga Perdana Inggeris selepas mengekalkan rentak kemenangan dengan membenam Newcastle United 3-1 sekaligus memusnahkan rekod tanpa bersih mereka di Stadium Etihad semalam.
Tuan rumah City di dalam misi meleburkan rekod anak buah Alan Pardew nyata tidak memberi peluang dan laluan mudah kepada pasukan pelawat sepanjang aksi 90 minit.
Dua kesilapan dibahagian pertahanan oleh Ryan Taylor mengundang padah buat Newcastle apabila mereka dihukum dengan dua sepakan penalti yang diberi pengadil perlawanan Chris Foy.
City menjaringkan gol dalam tempoh lima minit terakhir separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang diambil penyerang sensasi mereka Mario Balotelli (m41) dan selang tiga minit kemudiaan Micah Richards menyumbat gol kedua untuk memberi kelebihan 2-o kepada anak buah Roberto Mancini.
Gol ketiga City hadir pada separuh masa kedua juga menerusi sepakan penalti hasil kekasaran Hatem Ben Arfa.
Sepakan penalti tenang disudahkan Sergio Aguero untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Ketinggalan tiga gol menyaksikan anak buah Pardew cuba mempamerkan kebangkitan namun ia sudah terlambat kerana penguasaan permainan lebih memihak kepada City.
Gol saguhati Newcastle diperoleh seminit sebelum tamat permainan menerusi pemain gantian Dan Gosling, namun ia masih tidak dapat menyekat City daripada mengutip kemenangan dan mengekalkan rekod bersih sepanjang saingan EPL musim ini.
Dengan kemenangan ini, City kini mengumpul kelebihan lima mata dihadapan pesaing terdekat iaitu Manchester United.
Lain-lain keputusan: Norwich 1 Arsenal 2, Everton 2 Wolves 1, Man City 3 Newcastle 1, Stoke 2 QPR 3, Sunderland 0 Fulham 0, Swansea 0 Man Utd 1, West Brom 2 Bolton 1 dan Wigan 3 Blackburn 3.
SUMBER ARENA.MY

No comments:

Post a Comment