(Bernama) - Konsentrasi yang jitu membolehkan penembak kebangsaan, Nur Suryani Muhamed Taibi membidik pingat emas kedua selepas mengungguli acara 10m Air Rifle wanita pada temasya Sukan SEA ke-26 Indonesia di sini, hari ini.
Nur Suryani berjaya mengatasi saingan sengit penembak Singapura Jasmine Ser Xiang Wei dengan kelebihan 1.1 mata untuk merangkul emas dengan mengumpul 497.1 mata.
Sebelum ini, Nur Suryani menghadiahkan emas pertama negara dalam acara 50m Rifel 3 Posisi pada Sabtu lalu.
"Seperti dalam acara 50m Rifel 3 Posisi, saya sememangnya tidak sasar akan dapat pingat emas. Saya cuma mahu melakukan yang terbaik dan saya berpuas hati bila selesai acara menembak. Bila menang pingat emas ini, saya rasa amat bersyukur," katanya.
Pada peringkat akhir acara berkenaan, Nur Suryani berjaya mengumpul 497.1 mata, manakala Jasmine Ser memperoleh pingat perak dengan 496 mata manakala pingat gangsa menjadi milik penembak Thailand Patornnut Hongprasert dengan 495.2 mata.
kontijen malaysia juga mendapat pingat emas pada hari ini di acara memanah dan terjun.
No comments:
Post a Comment