Pages

Monday, October 31, 2011

IRFAN BAKTI TINGGALKAN TERENGGANU





Jurulatih Terengganu Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.
Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu memberitahu sidang media di sini bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama Terengganu.
Menurutnya, pengunduran itu adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
"Saya telah berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk tidak menyambung kontrak bersama Terengganu.
“Tiada paksaan dan keputusan ini dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak,” katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan PBSNT di sini.
Menurutnya, Terengganu merupakan antara pasukan paling bagus pernah dibimbingnya dan dia tidak akan melupakan negeri penyu itu. – Bernama (KOSMO)

No comments:

Post a Comment