SKUAD Harimau Muda mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam semalam.
Beraksi dalam keadaan hujan lebat, skuad kendalian Ong Kim Swee itu masih mampu menewaskan Laos menerusi jaringan Mohd. Fandi Othman, Thamil Arasu Ambumamee dan dua gol Syahrul Azwari Ibrahim.
Bagaimanapun, Malaysia lebih awal dikejutkan dengan jaringan pemain Laos, Sangvong Phimmasen pada minit ke-21.
Terkejut dengan jaringan itu, skuad bawah 23 tahun negara cuba mengatur serangan tetapi masih gagal menembusi gawang Laos sehingga waktu rehat.
Bersambung di babak kedua, skuad bimbingan Kim Swee tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan menerusi jaringan Mohd. Fandi yang tidak dikawal.
Dia melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan, Sovvanphang Phantahrung.
Harimau Muda kembali mendapat rentak untuk menguasai permainan dan hasilnya, Syahrul meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-72.
Lima minit kemudian, Syahrul sekali lagi melebarkan jurang apabila mele- dakkan gol ketiga hasil kesilapan Sov- vanphang yang gagal mendakap kemas bola.
Gol keempat Malaysia diperoleh menerusi Thamil pada minit ke-82 dan ke- menangan bermakna ini memastikan skuad kendalian Kim Swee berada di landasan terbaik dalam misi memper- tahankan pingat emas pada Sukan SEA di Indonesia bulan depan.
Kim Swee berkata, beliau sangat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya.
Begitupun, pada masa yang sama beliau mahu sikap mengambil mudah dan memandang rendah pihak lawan perlu dikikis.
Jelasnya, beliau berpuas hati sepan- jang 60 minit terakhir perlawanan apabila skuad negara lebih menguasai permainan berbanding pada separuh masa pertama.
“Saya gembira dengan persembahan barisan pemain saya. Meskipun beraksi dalam keadaan hujan lebat, kami masih mampu mencatat keputusan yang baik.
“Namun saya ingin tegaskan, sikap mengambil mudah perlu dikikis kerana jika mahu mencari gol penyamaan atau gol kemenangan menentang pasukan yang lebih baik, kita perlu bekerja dengan lebih keras tanpa mengira status pasukan itu,” katanya kepada pemberita semalam.
Jelasnya lagi, kebangkitan pada separuh masa kedua membuktikan mereka berada dalam keadaan terbaik.
Beliau turut memuji persembahan Syahrul yang menggantikan posisi penyerang Wan Zack Haikal.
“Pasukan kita berjaya menjaringkan empat gol di separuh masa kedua, ini menunjukkan kita sudah bersedia bagi beraksi di Sukan SEA dan saya ingin memuji persembahan Syahrul (Azwari Ibrahim) kerana berjaya menjaringkan dua gol.
“Syahrul merupakan seorang pemain yang hebat kerana dia mampu beraksi di posisi penyerang dan sayap kanan,” katanya.
Sementara itu, Kim Swee memberi- tahu, senarai kesebelasan utama skuad tersebut akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi.(kosmo)
No comments:
Post a Comment