Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan Super Series keenam tahun ini selepas memenangi Terbuka Perancis di Stadium Pierre De Coubertin, Paris semalam.
Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, menewaskan pemain bukan pilihan dari Jepun Kenichi Tago 21-16, 21-11 dalam masa 39 minit.
Beliau sebelum ini bergelar juara di Taiwan, Terbuka Malaysia pada Januari, Terbuka India (April), Grand Prix Emas Terbuka Malaysia (Mei) dan Terbuka Indonesia pada Jun. —Bernama (utusan malaysia)
No comments:
Post a Comment