Pages

Thursday, October 27, 2011

ANALASIS SKUAD TRW 2011-(REDSFC NEWS)-

The Red Warriors menamatkan musim 2011 dengan nota memberangsangkan selepas menjulang dua kejuaraan sejak mula menyertai kejohanan utama, 90 tahun dahulu. Mereka nyata dapat mengekalkan status sebagai kuasa domestik sejak menjejakkan kaki buat kali pertama dalam Liga Super Malaysia pada tahun 2009. Biarpun sebelum itu bergelut di liga terbawah, mereka berjaya bangkit pada tahun-tahun seterusnya dan sejak itu mula menjadi pasukan konsisten dengan pelbagai kejayaan yang sangat mengujakan hati para penyokong setia..

 Tahun ini boleh dikatakan musim paling bergaya kepada pasukan Kelantan kerana dua kejuaraan, satu pingat naib johan dan suku akhir Piala Malaysia menunjukkan keseriusan TRW untuk menjadi kuasa besar Liga Malaysia. Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super merupakan piala terbaru mengisi almari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas setahun sebelum itu memenangi Piala Malaysia. Malah kejayaan yang diraih dalam kancah liga meletakkan mereka buat kali pertama dalam sejarah dapat mara ke kejohanan Piala AFC 2012. Sejarah Ringkas Kelantan The Red Warriors.

 Di permulaan The Red Warriors, ketua jurulatih Norizan Bakar berjaya memberi impak awal dengan saingan bertaraf domestik kepada pasukan elit lain dan selepas itu giliran Peter James Butler mengetuai pasukan sehingga berjaya menjejakkan kaki ke pentas akhir Piala FA. Pengunduran Butler memberi ruang kepada jurulatih kontroversi, B. Sathianathan mencipta kembali nama Kelantan dalam arena bola sepak tempatan dengan kejayaan singkat seperti mara ke final Piala Malaysia tetapi tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan sebelum menjulang piala tersebut buat kali pertama setahun selepas itu.

 Ketika saingan musim baru 2011 hampir membuka tirai, berita tidak enak melanda dengan pengantungan berat FAM kepada Sathia memaksa Karathu dipanggil untuk menyelamatkan pasukan. Ternyata Karathu menggunakan pengalaman yang dimiliki dengan sentuhan keramat untuk mengangkat Piala Sumbangsih tanpa ragu-ragu keatas Gergasi Merah. Tidak lama kemudian, dia mengesahkan pula Piala Liga Super kepada Kelantan tetapi kecewa bila mana kejuaraan FA terlepas pada saat akhir ekoran kesilapan yang dilakukan para pemain yang tidak fokus. Pada Oktober 2011 nyata hari suram buat penyokong Kelantan selepas menamatkan musim dengan penyingkiran tidak rela dari Piala Malaysia seterusnya menyebabkan pengunduran Karathu dari melatih pasukan The Red Warriors. Apa Yang Berubah?

 Kelantan pada dasarnya memiliki awal musim yang sibuk dalam pasaran perpindahan pemain apabila membawa masuk beberapa pemain kelahiran negeri untuk memperkuatkan pasukan. Meskipun kekurangan dana seperti dikhabarkan Presiden KAFA, ia tidak menghalang mereka dikaitkan dengan ramai pemain utama pasukan lain.

 Namun begitu, mereka turut tidak terkecuali kehilangan beberapa tonggak utama selepas enam pemain termasuklah ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin memilih berhijrah ke kelab tetangga, T-Team bersama dengan Azizi dan Norfarhan. Pengunduran Akmal dan Hairudin kepada pasukan Perak dan Negeri Sembilan semakin memburukkan keadaan. Nama paling besar yang dibawa masuk sudah semestinya Solehin Kanasian dari Perlis serta Nurul Azwan Roya.

Tetapi pada hujung musim, dua pemain ini kehilangan sentuhan memaksa lebih banyak diberi pilihan kedua dibelakang Izuan Salahudin. Selain mereka, Danial Fadzly dan Khalid Jamlus turut dibawa masuk sebelum pendaftaran akhir pemain dari FAM serta Wan Rohaimi bagaikan "sireh pulang ke gagang" selepas menerima tawaran KAFA setelah lama menabur bakti dengan pasukan negeri lain. Turut mengiringi mereka ialah Aziz Ismail, pemain muda kelahiran Kelantan yang sedang meningkat naik ketika dibawah asuhan KL Plus. Dari segi pemergian pemain, ketiadaan Indra Putra, Farhan, Azizi, Hairudin dan Akmal nyata menjadi masalah besar.

Perpindahan mereka memberikan kesan kepada corak permainan Kelantan tetapi mujurlah tindakan pantas yang dilakukan KAFA membantu Karathu membina skuad sedia ada menjadi Sang Juara mutlak Liga Malaysia. Dengan Norshahrul Idlan, Subramaniam, Chanturu, Badri dan Shakir terus bersama pasukan, rombakan pasukan pada awal musim akhirnya membuahkan hasil terbaik membawa Kelantan ke puncak kejayaan seperti mana dimiliki saat ini.

 Perpindahan Masuk

 Nurul Azwan Roya - Johor FC Wan Rohaimi Ismail - Johor FC Solehin Kanasian Abdullah - Perlis Danial Fadzly Abdullah - ATM Aziz Ismail - KL Plus Nicholas Chan - Cardiff City Norhadi Ubaidillah - Agen Bebas Khalid Jamlus - Agen Bebas Khairan Ezuan Razali -

Agen Bebas Perpindahan Keluar

 Syed Adney - Sabah [Loan] Indra Putra Mahayudin - T-Team [Percuma] Norfarhan Mohamed - T-Team [Percuma] Azizi Mat Rose - T-Team [Percuma] Hairudin Omar - Negeri Sembilan [Percuma] Akmal Rizal - Perak [Percuma] Che Hishamudin - Betaria FC [Percuma] Hanif Mohd Nor - Betaria FC [Percuma] Sharudy Aziz -

Bersara Pemain Pilihan RedsfcNews [Pilihan Pengunjung]

 Pemain Terbaik Musim : Norshahrul Idlan Talaha [2048 Undian]

Pemain Muda Terbaik Musim : Mohd Izuan Salahudin [1982 Undian] Pembelian Terbaik : Nurul Azwan Roya [2190 Undian]

Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat [2301 Undian]

 Pemain Pertahanan Terbaik : S. Subramaniam [1786 Undian] Pemain Tengah Terbaik : Nurul Azwan Roya [2309 Undian]

Penyerang Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha [2315 Undian]

 Anugerah Pemain Penjaring Terbanyak : Norshahrul Idlan Talaha Hantaran

Terbanyak (Assist) : Mohd Badri Radzi

Pencapaian Pasukan:

Juara Piala Sumbangsih
Juara Liga Super
Naib Juara Piala FA
Suku Akhir Piala Malaysia
Juara Piala Shahidan Kassim
Piala AFC
Juara Piala Presiden [Liga Simpanan]

 By: RedsfcNews

No comments:

Post a Comment