Pages

Friday, October 28, 2011

FAM vs KEDAH..(FAM OH..FAM)...


Masih belum reda dengan kontroversi harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat hal lagi apabila dikhabarkan bakal mengenakan hukuman pengantungan berat kepada semua jurulatih pasukan Kedah.

Menurut sumber dari HijauKuning.com, ketua jurulatih mereka, Wan Jamak Wan Hassan berserta pembantu jurulatih, Ahmad Sobri dan Radhi Mat Din akan dikenakan hukuman gantung perlawanan bermula saingan Liga Malaysia 2012.

Surat rasmi pengantungan telah diterima Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), sebentar tadi, jelas sumber dari laman rasmi kelab penyokong Sang Kenari tersebut.



Paling terasa ialah Wan Jamak kerana dia dikatakan bakal menerima pengantungan 18 perlawanan manakala dua pembantu tersebut pula menerima hukuman gantung sebanyak 6 perlawanan.

Mereka bertiga sebelum ini telah mengkritik corak pengadilan perlawanan Piala Malaysia diantara Kedah dan Perak menyebabkan Hijau Kuning tersingkir seawal peringkat kumpulan.
sumber dipetik:-RedsfcNews-

No comments:

Post a Comment