Pages

Monday, December 5, 2011

MALAYSIA TEMPAT KE-5

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Pasukan hoki kebangsaan berjaya meraih sasaran yang ditetapkan PHM dengan menduduki tangga kelima Cabaran Juara-Juara 1 dengan menewaskan Poland 3-0. 

Tengku Ahmad Tajuddin memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-18 yang menyaksikan Poland lebih banyak berkampung di tempat sendiri. 

Faizal Saari sekali lagi mencuri tumpuan menerusi gerakan cantiknya untuk gol kedua negara pada minit ke-29. 

Tengku Ahmad Tajuddin mengukuhkan kedudukan pada separuh masa kedua yang menyaksikan pasukan negara melepaskan deretan peluang untuk menambah jaringan. 

Dengan kemenangan ini, skuad Malaysia kekal bersaing dalam kejohanan yang sama pada 2013 nanti. 

Ketua pasukan negara, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor bagaimanapun enggan berpuas hati dengan pencapaian Malaysia dalam kejohanan yang disertai lapan negara itu dengan berkata, "Masih banyak lagi kesilapan yang perlu diperbaiki. 

"Setiap hari sehingga perlawanan keenam, Malaysia makin bagus."

Pasukan negara bakal mengharungi pusingan kelayakan di Dublin, Republik Ireland pada Mac nanti.

No comments:

Post a Comment