Pages

Saturday, December 3, 2011

BELANDA, JERMAN, DENMARK, PORTUGAL DALAM KUMPULAN MAUT

(Arena.my) - Undian pusingan akhir Euro 2012 yang bakal berlangsung di Poland dan Ukraine nanti menyaksikan Kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut. 

Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal bersaing untuk merebut dua slot ke pusingan kalah mati dalam Kumpulan B. 

Poland akan membuka tirai kejohanan apabila berdepan dengan juara edisi 2004, Greece selain ditemani Rusia dan Republik Czech. 

Kumpulan C pula dibarisi juara bertahan, Sepanyol, Itali, Republik Czech dan Croatia. Sepanyol tidak pernah mengalahkan pasukan Azzuri dalam kejohanan besar selain daripada Euro 2008 di mana Itali tersingkir menerusi sepakan penalti. 

England pula perlu berhadapan dengan Perancis dalam Kumpulan D yang menyaksikan Ukraine dan Sweden turut mampu melakar kejutan. 

Perancis sebelum ini terpilih untuk menganjurkan edisi seterusnya pada 2016. 
 

No comments:

Post a Comment