Pages

Monday, December 5, 2011

Bekas pemain tenis nombor 1 dunia sertai kejohanan Terbuka Malaysia


Bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams dari Amerika Syarikat adalah antara tiga pemain utama bakal menjadi tarikan utama pada Kejohanan Tenis Wanita BMW Terbuka Malaysia 2012.
Selain Williams, kejohanan bernilai AS$220,000 (RM689,484) itu turut menarik penyertaan pemain nombor sembilan dunia, Marion Bartoli dari Perancis dan bintang meningkat dari China, Peng Shuai.
Kejohanan itu akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort di sini dari 27 Februari hingga 4 Mac tahun depan.
Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Tan Sri Abdul Razak Latiff berkata, kejohanan itu merupakan batu loncatan untuk negara membawa sukan tenis ke peringkat yang lebih tinggi.
"Ini terbukti dengan kehadiran barisan pemain yang menarik dan paling popular dan saingan di sini pasti lebih hangat dan kompetitif,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kejohanan tersebut yang merupakan siri jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) menampilkan 32 pemain perseorangan utama dunia dan 16 beregu dalam pertandingan kalah mati. – Bernama

No comments:

Post a Comment