(Arena.my) - Hajat Muhammad Hafiz Hashim untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Macau tidak kesampaian.
Pemain kelahiran Kelantan itu gagal menyaingi pemain veteran Korea Selatan yang juga pilihan keenam kejohanan, Lee Hyun Il yang menewaskannya dalam tempoh 30 minit.
Hyun Il menundukkan cabaran tunggal negara itu dengan keputusan 21-16, 21-11.
Perlawanan akhir hari esok bakal menyaksikan wakil Korea Selatan cuba menyekat penguasaan China dalam acara beregu dan perseorangan lelaki.
No comments:
Post a Comment