ENGLAND 4 Dis - Pendahulu liga, Manchester City meneruskan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) selepas membelasah Norwich 5-1 di Eastlands, awal pagi tadi.
Sergie Aguero, Samir Nasri, Yaya Toure, Mario Balotelli dan Adam Johnson menjadi senarai penjaring City sementara jaringan saguhati Norwich disumbangkan Steve Morison.
Tottenham naik ke tangga kedua liga selepas membenam kelab bermasalah, Bolton 3-0 dengan Gareth Bale, Aaron Lennon dan Jermain Defoe masing-masing mencipta satu gol.
Di Wigan, Arsenal membelasah tuan rumah 4-0, hasil jaringan Mikel Arteta, Thomas Vermaelen, Gervinho dan Robin van Persie bagi memintas kedudukan Newcastle di tangga kelima.
Lain-lain keputusan memperlihatkan Queens Park Rangers(QPR) sekadar seri 1-1 dengan West Brom manakala Yakubu Aiyegbini mencuri tumpuan di Blackburn apabila menjaringkan empat gol bagi membantu pasukannya menang 4-2 ke atas Swansea.
Terdahulu, Chelsea menewaskan Newcastle 3-0 dengan Didier Drogba, Salomon Kalou dan Daniel Sturridge menjadi pemusnah Magpies bagi meletakkan The Blues naik ke tangga keempat liga.
Manakala perlawanan Aston Villa dan Manchester United, berkesudahan Manchester United menang 1-0 hasil jaringan penyelamat Phil Jones.
No comments:
Post a Comment