Pages

Thursday, December 15, 2011

JENIS-JENIS IKAN AROWANA


Jenis-Jenis Arowana

Banjar Red Arowana

banjar-red-arowana

Banjar Red Arowana mirip dengan Yellow Tail atau Green Arowana, ekor bulat berwarna merah dan skala warna hijau metalik. Ini adalah Arowana yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta warna juga sangat menarik. Pencinta Arowana ini juga menggelarkan namanya sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.
 

Green Arowana

green-arowana

Arowana Hijau atau digelar ‘Green Arowana’ memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut yang lebih besar dan bulat. Ini adalah salah satu spesis yang paling banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia, Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat  berpatutan dan senang dibiakkan.
 

Malaysia Golden Arowana

Scleropages-Formosus

Ianya adalah salah satu spesis yang paling mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana 'Golden Bluebase'iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback', jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.
 

Platinum Arowana


platinum-arowana

Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.
Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.
 

Red Tail Golden Arowana


red-tail-golden-arowana

Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.
 

Silver Arowana

silver-arowana

Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin. Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara. Terdapat juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna kelabu kehitaman.
 

Super Red Arowana


super-red-arowana

Ini juga merupakan salah satu ikan yang popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya begitu menyerlah sekali. Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka. Dalam beberapa tahun terakhir ini semua jenis ikan arowana merah ini dikumpulkan bersama-sama dan dipanggil 'Super Red atau Merah Kelas Pertama'
 
Malaysian Highback Golden
xback golden
Green Arowana
Green Arowanas 
Yellow Tail Arowana
yellow tail
Malaysia Golden/ Malaysian Bonytongue
Crossback-Golden Arowana
Red Tail Arowana
red tai golden
Red Arowana
red nr1 arowana


JENIS-JENIS IKAN LAGA


Jenis – jenis Ikan Laga

CROWNTAILS
DELTAS / SUPER DELTAS
DOUBLE TAILS
HALFMOON
HALFMOON PLAKATS
VIELTAILS / LONG TAILS
WILD TYPES / IMBELLIS

FAKTA TENTANG IKAN LAGA OR BETTA FISH


Kenapa ikan laga mendapat sambutan??
Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
Harga seekor ikan laga??
Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.
Penjagaan secara komersial agak rumit.
Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun,  tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
ikan laga bertelur, proses mengawan ikan laga, ikan laga bersenyawa
Ketika proses bertelur!
Cara penjagaan dalam proses  pembiakan:
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya melekat  pada substrat seperti akar tanaman, daun-daun atau serabut rapia.
Langkah-langkah yang perlu diketahui :
  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan antara induk jantan dan induk betina dan diberi makan yang cukup selama 4 s.d. 5 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman tempat pemijahan (toples, aquarium, ember, baskom) yang telah diberi tanaman air (eceng gondok atau serabut rapia dengan kedalaman air ± 25 cm).
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur menempel pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya.
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan karena masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan kutu air yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi kutu air tanpa disaring.
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan.
Peringatan:
  1. Jangan meletakkan apa – apa batu di dalam tangki mengawan.
  2. Tumbuhan amat penting.
  3. Selepas mengawan, ikan jantan ini akan menghalau ikan betina dari sarang – sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina dibawa keluar dari tangki tersebut
  4. Selepas anak ikan berenang bebas , keluarkan ikan jantan dari tangki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tangki mengawan itu.
Kalau nak tengok cara penjagaan ikan laga (untuk proses bertelur) di video bawah ini.
Nah, anda dah boleh ternah ikan laga dah nie. Cumanya, kita tak pasti dari segi penyakit dan masalah-masalah lain. (mungkin entri akan datang, kena buat lagi lah tue).
Apapun semuanya banyak memerlukan modal yang agak besar untuk membuat penternakan ikan laga ini. Aspek yang perlu dikira ialah makanan, tempat tinggal, air,  dan juga suhu yang sesuai. Apapun, jika sudah ada ilmu yang cukup, analisis yang lengkap dan juga kerjasama dengan beberapa pihak. Teruskan sahaja usaha anda.

CHONG WEI BERHEMPAS PULAS SEBELUM MENANG


(Bernama) - Pemain badminton perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei terpaksa bertungkus lumus sebelum memenangi perlawanan kumpulan pertama perseorangan lelaki Final Siri Super Dunia yang berlangsung di Liu Zhou, China pada Rabu.
Pemain 29 tahun itu, dalam Kumpulan A, mengambil masa 51 minit untuk mengalahkan Sho Sasaki dari Jepun 21-11, 18-21, 21-12.
Perlawanan Kumpulan A lain antara Simon Santoso dari Indonesia dan Peter Hoeg Gade dari Denmark, menang 21-13, 21-9.
Sementara itu dalam Kumpulan B, lawan Chong Wei, Lin Dan dari China juga berhempas pulas sebelum mengalahkan Chen Long 21-15, 19-21, 21-17.
Dalam beregu lelaki, pemain kebangsaan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mengalahkan Sung Jung Jae dan Dae Lee Yung dari Korea Selatan 21-18, 15-21, 18-21.

Tuesday, December 13, 2011

KEPUTUSAN UNDIAN BWF WORLD SUPERSERIES FINAL: CHONG WEI ADA HARAPAN JUARA KUMPULAN A


DRAW UPDATE - 2011 Li Ning BWF World Superseries Finals
Men's Singles

Group A

1. Lee Chong Wei
2. Peter Hoeg Gade 
3. Simon Santoso
4. Sho Sasaki

Group B

1. Chen Long
2. Lin Dan
3. Taufik Hidayat
4. Kenichi Tago

Women's Singles

Group A

1. Wang Yihan
2. Juliane Schenk
3. Tine Baun
4. Sung Ji Hyun

Group B

1. Wang Xin
2. Saina Nehwal
3. Bae Youn Joo
4. Sayaka Sato

Men's Doubles

Group A

1. Cai Yun / Fu Haifeng
2. Ko Sung Hyun / Yoo Yeon Seong
3. Chai Biao / Guo Zhendong
4. Hirokatsu Hashimoto / Noriyasu Hirata

Group B

1. Lee Yong Dae / Jung Jae Sung
2. Mathias Boe / Carsten Mogensen
3. Mohammad Ahsan / Bona Septano
4. Koo Kien Keat / Tan Boon Heong

Women's Doubles

Group A

1. Wang Xiaoli / Yu Yang
2. Ha Jung Eun / Kim Min Jung
3. Cheng Wen Hsing / Chien Yu Chin
4. Poon Lok Yan / Tse Ying Suet

Group B

1. Tian Qing / Zhao Yunlei
2. Mizuki Fujii / Reika Kakiiwa
3. Christinna Pedersen / Kamilla Rytter Juhl
4. Shizuka Matsuo / Mami Naito

Mixed Doubles

Group A

1. Zhang Nan / Zhao Yunlei
2. Xu Chen / Ma Jin
3. Tantowi Ahmad / Liliyana Natsir
4. Robert Blair / Gabrielle White

Group B

1. Joachim Fischer / Christinna Pedersen
2. Chen Hung Ling / Cheng Wen Hsing
3. Shintaro Ikeda / Reiko Shiota
4. Sudket Prapakamol / Saralee Thoungthongkam