Pages

Monday, December 12, 2011

CARTA PERLAWANAN PIALA FA 2012



PIALA FA 2012; RD 1 (A); 

Terengganu vs PDRM,
 Perak vs ATM,
 UiTM vs Lions XII, 
Betaria FC vs Melaka, 
Pos Msia vs USM,
 Sime Darby vs Sabah, 
NS vs Johor FC, 

Shahzan Muda vs Selangor

PIALA FA 2012; RD 1 (B): 


Kelantan vs Sarawak,
 KL vs MP Muar,
 Harimau Muda B vs P.Pinang,
 KL SPA vs MBJB,
 Kedah vs Selangor PKNS, 
Perlis vs PPSDM,
 Johor vs T-Team,

 Felda United vs Pahang. 

Juara daripada bahagian A akan bertemu dengan juara bahagian B bagi penentuan perlawanan akhir

MALAYSIA B22 BENAM SYDNEEY FC


Keputusan friendly di sydney pagi tadi:-
 
Malaysia B22 (3) Sydney FC (0). 

Hazwan Bakri (2bj), Gurusamy (1bj).

Info: OKS
disedut dr penulis sukan berita harian

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee dijangka akan menguji kombinasi pemain baru dan lama dalam rangka perlawanan persahabatan skuadnya di Sydney, Australia.
Skuad Harimau Muda negara akan berhadapan Sydney FC dalam perlawanan pertama mereka dan Kim Swee mengganggap ia peluang terbaik untuk dia mengukur keupayaan pemain yang jarang diturunkannya.
"Setiap pemain akan mendapat 60 minit atau salah seorang akan dapat bermain 60-70 minit tetapi yang mustahak ialah untuk memberi kesimbangan di dalam skuad," kata Kim Swee.
"Selain membentuk keserasian, saya juga anggap ini adalah pendedahan yang terbaik untuk para pemain saya."
Selain itu, Kim Swee juga akan menggunakan gandingan baru dibahagian tengah pertahanan bagi mengelak terlalu bergantung kepada dua pemain iaitu Fadhli Shas dan Muslim Ahmad.
Kim Swee juga bakal menggunakan dua gandingan baru dibahagian pertahanan tengah antaranya ialah Amir Saidin dan Syahrul Saad.
"Saya mungkin menggunakan beberapa muka baru dibahagian pertahanan untuk menguji mereka di dalam perlawanan lebih kompetitif," tambah Kim Swee lagi.
Di Sydney, Kim Swee membawa 23 pemain termasuk tiga pemain baru, Mohd Sharil Saari, penjaga gol dari Terengganu, Shahrul Saad pertahanan Harimau Muda B dan pemain tengah Felda United, S Sivanesan.


CITY REBAH DI TANGAN CHELSEA, MAN.UTD MEMPUNYAI PELUANG UNTUK MEMINTAS CITY


LONDON – Chelsea merobek rekod tanpa kalah Manchester City selepas jaringan pemain gantiannya, Frank Lampard menyempurnakan penalti bagi memastikan kemenangan 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Penalti Lampard pada minit ke-83 itu menjadi gol kemenangan Chelsea apabila Raul Meireles menyamakan kedudukan selepas Mario Balotelli memperoleh jaringan pembukaan City seawal minit kedua.
Dengan kemenangan itu, Chelsea melonjak ke tempat ketiga kedudukan Liga Perdana Inggeris.
Dalam perlawanan itu juga City terpaksa bermain 10 pemain apabila Gael Clichy dibuang padang pada minit ke-58.
Kemenangan itu juga adalah ketiga berturut-turut dalam masa sembilan hari selepas skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu turut menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Bagi City pula yang terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah, kedudukan mereka untuk mempertahan lima mata di depan penyandang juara, Manchester turut musnah sebaliknya hanya dipisahkan dengan dua mata. – AFP

Wednesday, December 7, 2011

DUA MACHESTER TERSINGKIR AWAL

Kumpulan A

Di Manchester, England Manchester City (ENG) 2 (Silva 39, Yaya Toure 51) Bayern Munich (GER) 0



Di Villarreal, Sepanyol 
Villarreal (ESP) 0 Napoli (ITA) 2 (Inler 65, Hamsik 76) 

Kumpulan B 

Di Lille, Perancis Lille (FRA) 0 Trabzonspor (TUR) 0 

Di Milan, Itali 
Inter Milan (ITA) 1 (Cambiasso 51) CSKA Moscow (RUS) 2 (Doumbia 50, Berezutsky 86) 

Kumpulan C 

Di Basel, Switzerland 
Basel (SUI) 2 (Streller 9 Frei 84) Manchester United (ENG) 1 (Jones 89) 

Di Lisbon 
Benfica (POR) 1 (Oscar Cardozo 7) Otelul Galati (ROM) 0 

Kumpulan D 

Di Zagreb 
Dinamo Zagreb (CRO) 1 (Kovacic 40) Lyon (FRA) 7 (Gomis 45, 48, 52, 70, Gonalons 47, Lisandro 64, Briand 76) 

Di Amsterdam 
Ajax (NED) 0 Real Madrid (ESP) 3 (Callejon 14, 90+2, Higuain 41) 

Selasa: 

Kumpulan E 

Di Genk, Belgium 
Genk (BEL) 1 (Vossen 30) Bayer Leverkusen (GER) 1 (Derdiyok 79) 

Di London 
Chelsea (ENG) 3 (Drogba 3, 76, Ramires 22) Valencia (ESP) 0 

Kumpulan F 

Di Dortmund, Jerman 
Borussia Dortmund (GER) 2 (Blaszczykowski 23, Hummels 32-pen) Marseille (FRA) 3 (Remy 45, A Ayew 85, Valbuena 89) 

Di Piraeus, Greece 
Olympiakos (GRE) 3 (Djebbour 16, Fuster 36, Modesto 89) Arsenal (ENG) 1 (Benayoun 57) 

Kumpulan G 

Di Nicosia 
APOEL Nicosia (CYP) 0 Shakhtar Donetsk (UKR) 2 (Luiz Adriano 62, Seleznyov 78) 

At Porto, Portugal Porto (POR) 0 Zenit St Petersburg (RUS) 0 

Kumpulan H 

Di Barcelona, Sepanyol 
Barcelona (ESP) 4 (Sergi Roberto 35, Montoya 60, Pedro 63, 88-pen) BATE Borisov (BLR) 0 

Di Prague 
Viktoria Plzen (CZE) 2 (Bystron 89, Duris 90) AC Milan (ITA) 2 (Pato 47, Robinho 49) - AFP 

SYARAT MENDAPAT DUIT BANTUAN RM500


Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.
Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.
Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.
Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.
Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.
Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012. SUMBER KOSMO ONLINE

TEMPOH DAFTAR PEMAIN DILANJUTKAN


(Bernama) - Persatuan bola sepak negeri dan kelab yang tidak sempat mendaftarkan pemain import dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  sehingga tarikh akhir esok untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim depan, masih boleh melakukannya pada 2 April depan.
Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak negeri dan kelab tidak perlu terburu-buru untuk melakukan pendaftaran pemain import bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam pemilihan pemain.
"Adalah lebih elok jika mereka berhati-hati daripada berhadapan dengan risiko tersalah memilih pemain kerana pengambilan pemain import membabitkan kos yang agak tinggi," katanya di sini hari ini.
Hamidin berkata semua pasukan yang akan beraksi pada Liga Malaysia pada musim 2012 telah selesai melakukan pendaftaran bagi pemain tempatan cuma beberapa  pasukan yang belum mendaftarkan pemain import.
Katanya peluang kedua untuk membuat pendaftaran pemain import boleh dilakukan pada 2 April itu secara talian melalui "Transfer Matching System" (TMS) yang  diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Buat masa sekarang FIFA menutup seketika pendaftaran TMS dan akan membuka kembali pada 2 April nanti... persatuan dan kelab boleh membuat pendaftaran pada tarikh tersebut," katanya.
Sistem Transfer Matching System (TMS) diperkenalkan FIFA pada Febuari 2008 bagi melicinkan proses pemindahan pemain yang melibatkan 4,600 kelab dan persatuan  bola sepak di seluruh dunia.
Saingan Liga Super dan Liga Perdana musim baru 2012 dijadualkan bermula pada awal Januari depan.

Tuesday, December 6, 2011

AFC CUP 2012: KUMPULAN F DAN H MILIK PASUKAN DARI MALAYSIA





Kumpulan F | AFC Cup 2012


1. Terengganu [MAS]
2. Kitchee [HK]
3. Song Lam [VIE]
4. Tampine Rovers [SIN]



Kumpulan H | AFC Cup 2012



1. Kelantan [MAS]
2. Arema [INA]
3. Ayeyawadi United [MYA]
4. Navibank Saigon [VIE]


"GOMO KELATE GOMO"

"PETEH GANU PETEH"